Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung laman web Persatuan Khairat Kematian Islam Masjid Mukim Kota  (PKKIMMK). Pembangunan laman web ini merupakan kesinambungan bagi meneruskan usaha-usaha kebajikan yang melibatkan kematian khusus bagi penduduk Mukim Kota.
Bertempat di Masjid Kota (Al-Fatah) yang terletak dalam kawasan Mukim Kota, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Pihak pentadbir Persatuan (ajk) menyeru kepada seluruh penduduk Mukim Kota agar mendaftar segera untuk menjadi ahli persatuan ini bagi membolehkan semua penduduk mendapat manfaat yang disediakan.
Selain dari itu, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan keperluan masa depan persatuan sedang dirancangkan dengan teratur, cermat serta teliti. Pihak pentadbiran persatuan juga akan memastikan setiap perkara berkaitan perjalanan persatuan ini sentiasa telus terutama berkaitan keahlian dan perbelanjaan.
Pelbagai kemudahan cuba disediakan oleh laman web ini seperti:
  • muat turun borang keahlian
  • menyemak status keahlian
  • melihat senarai aktiviti terkini
  • paparan maklumat dan pemberitahuan
  • pertanyaan atau cadangan melalui e-mail
  • lain-lain

Pihak pentadbiran mengalu-alukan sebarang cadangan dan teguran bagi memastikan perjalanan badan ini bertambah baik dan lancar.

Semoga hasil usaha yang kecil dari pentadbir yang terdiri dari wakil-wakil penduduk Mukim Kota ini membolehkan sebahagian dari keperluan kebajikan penduduk dapat diuruskan dengan teratur. Disamping itu, pihak pentadbiran juga berharap usaha ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan ikatan sialturrahim antara sesama penduduk.

Semoga usaha kita dalam menyempurnakan fardhu kifayah ini sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan Allah swt.

Iklas dari,

YDP

Tuan Haji  Juhar B. Omar “PKT MIBM”

Persatuan Khairat Kematian Islam Masjid Mukim Kota