KEAHLIAN CATATAN
Kelayakan Menjadi Ahli
  • Terbuka kepada pemastautin Islam Masjid Mukim Kota yang berumur tidak kurang dari 16 tahun tetapi tidak lebih daripada 60 tahun.
Ahli yang di sokong
  • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
Permohonan Ahli
  • Permohonan menjadi ahli Khairat dan tanggungan boleh dibuat secara online melalui sistem pendaftaran yang disediakan.
  • Permohonan menjadi ahli Khairat dan tanggungan hendaklah dibuat menggunakan borang khas yang boleh didapati disekritariat Khairat.
  • Borang yang telah diisi lengkap hendaklah dihantar kepada Setiausaha yang kemudiannya dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khairat serta pengesahan .
  • Keputusan Jawatankuasa Khairat untuk menerima atau menolak permohonan adalah muktamad.
  • Permohonan menjadi ahli disahkan selepas tiga bulan daripada tarikh diluluskan ia menjadi ahli.
Tanggungan Ahli
  • Ahli boleh menamakan beberapa orang tanggungan yang di bawah jagaannya seperti isteri, anak-anak, anak tiri,ibu bapa dan mertua.
  • Sekiranya ahli itu meninggal dunia, keahliannya akan berpindah kepada salah seorang daripada tanggungannya dengan cara pendaftaran semula.
Yuran Pendaftaran, Tahunan & Seumur Hidup
  • Yuran Pendaftaran : RM 0.00
  • Permohonan menjadi Keahlian Tahunan hendaklah membayar wang pendahuluan atau bayaran masuk sebanyak RM 30.00
  • Permohonan bagi menjadi Ahli Seumur Hidup hendaklah membayar penuh sekali gus sebanyak RM 250.00
Keahlian Tahunan
  • Ahli yang tidak membayar yuran khairat melebihi tempoh keahlian tahunannya maka di anggap tidak AKTIVE dan tidak akan mendapat kelebihan dari pihak Persatuan dan yuran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
Kemusykilan
  • Jika terdapat sebarang kemuskilan dari segi tuntutan dan sebagainya perlu dikemukakan kepada AJK secara bertulis ataupun lisan. Keputusan AJK adalah muktamad.


BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT

Sila mendaftar atau kemaskini maklumat keahlian dan bayaran yuran dengan kadar segera serta sila dihebah-hebahkan maklumat ini kepada sahabat handai dan jiran tetangga. Semoga Allah S.W.T menerima sedikit usaha kita ini sebagai amalan soleh disisiNya. InsyaAllah.

Wassalam.