22 Dec 2017

Kelebihan Solat Jenazah

Kelebihan solat Jenazah.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ : حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلاَمِ ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada 5 perkara iaitu ; Menjawab salam, Menziarahi ketika sakit, mengiringi Jenazah, menuanikan jemputan dan mendoakannya ketika bersin. Muttafa’un ‘alaihi.

Allah swt telah memfardhukan solat jenazah kepada seluruh umat Islam dengan fardhu Kifayah. Malangnya, ramai umat Islam mengambil sikap acuh tak acuh je dengan kefardhuan ni.. dengan alasan hanya fardhu Kifayah. Sedangkan Allah SWT telah memberi ganjaran yang amat besar kepada orang yang solat Jenazah dengan balasan pahala sebesar Gunung Uhud..  Kita lihat ramai yang bertandang ke rumah simati, tetapi yang solat jenazah hanya sekerat dua sahaja.. Apakah mereka tidak mahu kepada pahala yang amat besar ini ???

Lihatlah hadis-hadis Rasulullah SAW yang disenaraikan di bawah ini…

عن أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : ” مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ “ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qhirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar. Muttafa’un ‘alaihi.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا ، وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا ، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ ، كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ » .رواه اِلْبُخَارِيِّ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Sesiapa yang bersama (ziarah) jenazah seorang muslim dengan penuh perasaan keimanan, dia tetap ada bersama mayat sehinggalah mayat tadi disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan, maka dia pulang dengan mendapat 2 qhirad. Setiap satu qhirat ganjarannya sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat jenazah, kemudian dia pulang tanpa menunggu sehingga mayat tersebut dikebumikan, sesungguhnya dia hanya mendapat 1 qhirat sahaja. Hadis riwayat Bukhari. 


Himpunan bas-bas membawa rombongan melawat maqam Syuhada’ di Uhud.
Belakangnya adalah Gunung Uhud.

مَنْ خَرَجَ مَعَ جَنَازَةٍ مِنْ بَيْتِهَا وَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ تَبِعَهَا حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ مِنْ أَجْرٍ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُحُدٍ . رواه ِمُسْلِمٍ

Sesiapa yang keluar mengiringi jenazah dan solat ke atas jenazah tersebut, kemudian dia terus mengikut jenazah tersebut sehingga ia dikebumikan, maka dia akan mendapat pahala 2 qhirat di mana setiap qhirat sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat ke atas jenazah, kemudian terus pulang, maka dia mendapat pahala seperti gunung Uhud (1 qhirat). Hadis riwayat Muslim.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *